Persekutuan Pengakap Malaysia, PPM (The Scouts Association of Malaysia) merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab diatas semua aktiviti berpengakap di Malaysia. PPM merupakan sebahagian daripada pergerakan pengakap dunia dan juga merupakan ahli kepada World Organization of the Scout Movement (WOSM).
Di Malaysia, Pengakap mula diperkenalkan dalam tahun 1908 dan secara rasminya ditubuhkan pada 2hb Julai 1910 dan merupakan salah satu badan beruniform yang berada dibawah Akta Parlimen Malaysia. PPM berdaftar sebagai ahli dengan WOSM pada tahun 1957.
Matlamat penubuhan PPM adalah untuk menyediakan latihan kepimpinan yang berasaskan kepada prinsip dan undang-undang pengakap dengan matlamat mempertingkatkan kesedaran dan semangat tolong menolong tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. Penubuhan PPM juga bermatlamat membina keseimbangan individu dari segi intelektual, kerohanian dan fizikal bersandarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
Bagi mencapat matlamat ini, pelbagai aktiviti dan langkah diambil bagi membentuk disiplin dan jati diri, kesopanan di samping rasa tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat dalam usaha merealisasikan matlamat pergerakan pengakap dalam melahirkan masyarakat atau individu yang berguna kepada agama bangsa dan negara.
*MISI DAN FALSAFAH
:: Matlamat Berpengakap ::
"Melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa."
:: Misi Pengakap Malaysia ::
Memberi sumbangan pendidikan tidak formal kepada generasi muda melalui sistem nilai berasaskan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, bagi membantu Membina dunia yang lebih baik, penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat dengan :
-Penglibatan sepanjang tahun dalam proses pendidikan Tidak formal
-Menjadikan setiap individu agen utama pembangunan diri ke arah berdikari, bertanggungjawab dan komited
-Membina sistem nilai berasaskan prinsip-prinsip kerohanian, sosial dan peribadi seperti Yang ternyata dalam Persetiaan dan Undang-undang Pengakap
-Falsafah Persekutuan Pengakap Malaysia adalah untuk menyediakan skim latihan kepimpinan berasaskan -kepada Prinsip dan Undang-undang Pengakap dengan bermatlamatkan berbuat baik dan mempertingkatkan semangat persaudaraan tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi intelek, kerohanian dan fizikal diatas landasan kepercayaan kepada Tuhan.
"Pengakap juga berusaha untuk membentuk disiplin dan jati diri dengan menerapkan nilai-nilai kesopanan serta mewujudkan sifat bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan juga masyarakat didalam diri setiap ahli bagi mencapai matlamat pergerakan pengakap membentuk warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara."
******************************************************************************************************************************************
Persekutuan Pengakap Malaysia (The Scouts Association of Malaysia) is an organisation for boys and girls between the ages of 10 and 17, based in Malaysia. Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) is part of the global Scouting movement and national member of the World Organization of the Scout Movement (WOSM). It is the only uniformed body in Malaysia to have been established and officially regulated by an act of parliament through the Scouts Association Of Malaysia (Incorporation) Act 1968.
(This site has been redirected to http://www.ast-my.com/~scouts/, yet the above link is working good.)