:: 37th Gombak Eagle Scouts Troop :: Smk Kepong, Established 1974 (37thgombak.multiply.com)

LinkPPM Wilayah Persekutuan Kuala LumpurJun 27, '07 4:56 AM
for everyone
Link: http://www.klscout.net/

Persekutuan Pengakap Malaysia, PPM (Malaysian Scouts Association) merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab diatas semua aktiviti berpengakap di Malaysia. PPM merupakan sebahagian daripada pergerakan pengakap dunia dan juga merupakan ahli kepada World Organization of the Scout Movement (WOSM).

Di Malaysia, Pengakap mula diperkenalkan dalam tahun 1908 dan secara rasminya ditubuhkan pada 2hb Julai 1910 dan merupakan satu-satunya badan beruniform yang berada dibawah akta parlimen Malaysia. PPM berdaftar sebagai ahli dengan WOSM pada tahun 1957.

Matlamat penubuhan PPM adalah untuk menyediakan latihan kepimpinan yang berasaskan kepada prinsip dan undang-undang pengakap dengan matlamat mempertingkatkan kesedaran dan semangat tolong menolong tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. Penubuhan PPM juga bermatlamat membina keseimbangan individu dari segi intelektual, kerohanian dan fizikal bersandarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan.

Bagi mencapat matlamat ini, pelbagai aktiviti dan langkah diambil bagi membentuk disiplin dan jati diri, kesopanan di samping rasa tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat dalam usaha merealisasikan matlamat pergerakan pengakap dalam melahirkan masyarakat atau individu yang berguna kepada agama bangsa dan negara.

Hubungi:

Mailing Address:
Kelab Sultan Sulaiman
Jalan Dewan Sultan Sulaiman
Kampung Baru, KL
MALAYSIA
50300

Tel: 03.2070.9899
Fax: 03.2070.3899


Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help