| |
Link: http://scouts.titiwangsa.com.my/Pergerakan Pengakap merupakan satu-satunya organisasi belia di dunia yang memupuk sikap dan kebolehan memimpin dari satu umur yang kecil melalui sistem Ketua Enam Sekawan semasa di seksyen pengakap panak-kanak sehinggalah sebagai Pengerusi Eksekutif Krew di peringkat pengakap Kelana. Namun itu, timbul keperluan juga untuk mempunyai sebuah sistem kepimpinan dan sokongan dewasa yang dapat membantu Pemimpin Kumpulan (Scoutmasters) dalam mentadbir dan menyelaraskan pengurusan, baik di peringkat Kumpulan, Daerah, Negeri ataupun Kebangsaan.
Oleh itu, dokumen Dasar, Organisasi dan Peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia telah memperuntukkan untuk sebuah Majlis Pengakap dibentuk bagi setiap peringkat yang tersebut di atas, supaya pengurusan pentadbiran dan kewangan pergerakan dapat dijalankan dengan telus dan teratur. Di Daerah Titiwangsa, penubuhan Majlis Persekutuan Tempatan Pengakap Daerah telah diluluskan oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri WPKL pada tahun 2006, dan mesyuarat Agungnya yang pertama akan bakal diadakan pada bulan Januari 2007.
Hubungi: feedback@scouts.titiwangsa.com.my 
| | |
|
|