| |
Link: http://www.panduputeri.org.myPersatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956. Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957.
PPPM adalah ahli penuh (Full Member) "World Association of Girl Guides and Girl Scouts" (WAGGGS) sejak tahun 1957. Oleh itu semua ahli PPPM mempunyai pelbagai peluang untuk mengembangkan tahap profesionalisme mereka dengan menyertai pelbagai acara kepanduan, seperti persidangan, seminar, bengkel, perhimpunan, perkhemahan atau kursus kepanduan di peringkat negeri, negara, rantau dan antarabangsa.
Persatuan Pandu Puteri ialah sebuah pertubuhan yang bergabung dengan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) dan Majlis Belia Malaysia (MBM). PPPM telah diletakkan di bawah pengelolaan Kementerian Belia dan Sukan walaupun kebanyakan ahlinya (lebih daripada 90%) adalah terdiri daripada pelajar dan para pendidik dari sekolah, kolej dan universiti, PPPM mempunyai jalinan yang rapat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, dan pelaksanaan Dasar Ko-Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia telah mempereratkan lagi jalinan ini yang mewajibkan semua pelajar sekolah dan para pendidik menjadi ahli mana-mana satu badan berpakaian seragam di sekolah dan kolej masing-masing. Program bagi Pandu Puteri ini telah disusun secara berperingkat seperti tertera di dalam jadual di bawah:-
1. Tunas Puteri - 7 hingga 12 tahun (pelajar sekolah rendah) 2. Pandu Puteri - 13 hingga 15 tahun (pelajar sekolah menengah) 3. Renjer Puteri - 16 hingga 18 tahun (pelajar sekolah menengah) 4. Kadet Pandu Puteri - untuk guru pelatih di Maktab Perguruan Kelab Renjer Pandu Puteri - untuk lepasan sekolah dan mereka yang bekerja Kelab Pandu Puteri - untuk penuntut universiti dan institusi pendidikan tinggi
Kesemua tahap ini dikendalikan oleh Pemimpin Kepanduan yang bertauliah. Dalam usaha memastikan sekurang-kurangnya terdapat seorang Pemimpin Kepanduan berwaran di sekolah atau institusi pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju memasukkan latihan kepanduan sebagai salah satu aktiviti latihan keguruan di Maktab Perguruan sejak tahun 1987.
PPPM adalah ahli penuh (FULL MEMBER) "World Association of Girl Guides and Girl Scouts" (WAGGGS). Oleh itu semua ahli PPPM mempunyai pelbagai peluang untuk mengembangkan tahap profesionalisme mereka dengan menyertai persidangan, seminar, bengkel, perhimpunan, perkhemahan atau kursus kepanduan di semua peringkat dalam negeri, negara, rantau dan antarabangsa.

| | |
|
|