UKURAN BENDERA Jalur Gemilang mempunyai berbagai-bagai ukuran bergantung kepada tujuan kegunaannya dan di mana ianya hendak dikibarkan.
BENDERA BIASA (Standard) Dikibarkan di bangunan, pejabat dan boleh dikibarkan di rumah kediaman. Lebar 91.5cm (3 kaki) Panjang 183cm (6 kaki)
BENDERA RUMAH Dikhususkan untuk kegunaan rumah-rumah kediaman di mana saiz dan ketinggian tiang bendera yang dapat digunakan adalah terhad. Lebar 61cm (2 kaki) Panjang 122cm (4 kaki)
BENDERA SEDANG Digunakan sebagai penutup keranda bagi mereka yang mendapat penghormatan negara. Lebar 122cm (4 kaki) Panjang 244cm (8 kaki)
BENDERA BESAR Dikibarkan di Kedutaan-Kedutaan Malaysia di luar negara. Dalam negeri ia dikibarkan di tempat-tempat tertentu sahaja. Untuk mengibarkan bendera ini, ketinggian tiang bendera hendaklah sesuai. Lebar 183cm (6 kaki) Panjang 366cm (12 kaki)
BENDERA MEJA Saiz bagi bendera yang diletakkan di atas meja. Digunakan di persidangan, seminar, mesyuarat dan majlis-majlis menandatangani perjanjian. Lebar 15.25cm (0.5 kaki) Panjang 30.50cm (1 kaki)
BENDERA KERETA Dikibarkan di bahagian hadapan kereta sama ada di tengah-tengah, di hadapan kana atau kiri kereta. Penggunaan bendera kereta hanyalah dikhaskan kepada Pembesar-Pembesar tertentu sahaja. Lebar 15.25cm (0.5 kaki) Panjang 30.50cm (1 kaki)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
UKURAN TIANG BENDERA
Gambarajah berikut menunjukkan Carta dan Pemasangan Tiang Bendera:
Pemasangan 2 Tiang Bendera.jpg
Pemasangan 3 Tiang Bendera.jpg
|