:: 37th Gombak Eagle Scouts Troop :: Smk Kepong, Established 1974 (37thgombak.multiply.com)

37th Gombak Eagle Scouts Troop's posts with tag: girl guides link

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag girl guides link
LinkPersatuan Pandu Puteri MalaysiaSep 16, '06 2:49 PM
for everyone
Link: http://www.panduputeri.org.my

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956. Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957.

PPPM adalah ahli penuh (Full Member) "World Association of Girl Guides and Girl Scouts" (WAGGGS) sejak tahun 1957. Oleh itu semua ahli PPPM mempunyai pelbagai peluang untuk mengembangkan tahap profesionalisme mereka dengan menyertai pelbagai acara kepanduan, seperti persidangan, seminar, bengkel, perhimpunan, perkhemahan atau kursus kepanduan di peringkat negeri, negara, rantau dan antarabangsa.

Persatuan Pandu Puteri ialah sebuah pertubuhan yang bergabung dengan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) dan Majlis Belia Malaysia (MBM). PPPM telah diletakkan di bawah pengelolaan Kementerian Belia dan Sukan walaupun kebanyakan ahlinya (lebih daripada 90%) adalah terdiri daripada pelajar dan para pendidik dari sekolah, kolej dan universiti, PPPM mempunyai jalinan yang rapat dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, dan pelaksanaan Dasar Ko-Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia telah mempereratkan lagi jalinan ini yang mewajibkan semua pelajar sekolah dan para pendidik menjadi ahli mana-mana satu badan berpakaian seragam di sekolah dan kolej masing-masing. Program bagi Pandu Puteri ini telah disusun secara berperingkat seperti tertera di dalam jadual di bawah:-


1. Tunas Puteri - 7 hingga 12 tahun (pelajar sekolah rendah)

2. Pandu Puteri - 13 hingga 15 tahun (pelajar sekolah menengah)

3. Renjer Puteri - 16 hingga 18 tahun (pelajar sekolah menengah)

4. Kadet Pandu Puteri - untuk guru pelatih di Maktab Perguruan

Kelab Renjer Pandu Puteri - untuk lepasan sekolah dan mereka yang bekerja

Kelab Pandu Puteri - untuk penuntut universiti dan institusi pendidikan tinggi


Kesemua tahap ini dikendalikan oleh Pemimpin Kepanduan yang bertauliah. Dalam usaha memastikan sekurang-kurangnya terdapat seorang Pemimpin Kepanduan berwaran di sekolah atau institusi pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah bersetuju memasukkan latihan kepanduan sebagai salah satu aktiviti latihan keguruan di Maktab Perguruan sejak tahun 1987.

PPPM adalah ahli penuh (FULL MEMBER) "World Association of Girl Guides and Girl Scouts" (WAGGGS). Oleh itu semua ahli PPPM mempunyai pelbagai peluang untuk mengembangkan tahap profesionalisme mereka dengan menyertai persidangan, seminar, bengkel, perhimpunan, perkhemahan atau kursus kepanduan di semua peringkat dalam negeri, negara, rantau dan antarabangsa.



LinkWorld Association of Girl Guides and Girl ScoutsSep 16, '06 2:41 PM
for everyone
Link: http://www.wagggsworld.org

The World Association of Girl Guides and Girl Scouts is a worldwide Movement providing non-formal education where girls and young women develop leadership and life skills through self-development, challenge and adventure. Girl Guides and Girl Scouts learn by doing.

The World Association brings together Girl Guiding and Girl Scouting Associations in 144 countries across the globe.

Contacts:

World Association of Girl Guides and Girl Scouts
World Bureau, Olave Centre
12c Lyndhurst Road,
London, NW3 5PQ

Telephone: +44 (0)20 7794 1181
Fax: +44 (0)20 7431 3764
Email: wagggs@wagggsworld.org


© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help