:: 37th Gombak Eagle Scouts Troop :: Smk Kepong, Established 1974 (37thgombak.multiply.com)

37th Gombak Eagle Scouts Troop's posts with tag: ppm negeri-negeri

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag ppm negeri-negeri
LinkLaman Web Rasmi PPD Balik Pulau, Pulau PinangJul 12, '07 3:16 AM
for everyone
Link: http://ppmbp.tripod.com/

VISI PENGAKAP NEGERI PULAU PINANG

Menggembelingkan segala usaha seluruh peringkat kepengakapan ke arah menjadikan Pergerakan Pengakap satu penubuhan beruniform yang aktif dan progresif serta dapat menyumbang ke arah melahirkan generasi muda yang cergas, berdisplin dan berimu selaras dengan aspirasi pembangunan negara dan negeri Pulau Pinang.

MISI PENGAKAP NEGERI PULAU PINANG

1. Membinan satu pasukan kepimpinan yang besepadu, komited dan teguh di peringakt negeri dengan mendukung prinsip berpengakap kerana minat dan semangat.

2. Menyusun semula sistem pengerusan dan memberi semangat baru dalam memperkasa organisasi Pengakap di semua peringkat pentadbiran dengan mengamalkan prinsip intregriti dan ketelusan dalam semua aspek urusan.

3. Menjalinkan kerjasama erat dengan pihak dan agensi-agensi lain bagi menjayakan program secara perkongsian pintar untuk memantapkan imej pergerakan pengakap di Pulau Pinang.

4. Menggerakan usaha mempromosikan pergerakan pengakap sebagai satu pertubuhan pelengkap untuk menjayakan usaha-usaha pembinaan sahsiah ahli dan pembangunan modal ihsan.

5. Menonjolkan imej pengakap yang beridentiti melalui program dan aktiviti yang memberi impak langsung kepada ahli-ahli.

6. Mempertingkatkan bilangan kumpulan dan ahli berdaftar yang aktif di seluruh negeri serta membina jati diri yang kuat bagi menghadapi persaingan semasa untuk melahirkan seramai mungkin ahli pengakap Raja di Pulau Pinang.

7. Meletakkan keutamaan terhadap usaha memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mereka yang menyumbang ke arah pembangunan pengakap di Pulau Pinang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Email: pengakapbp@excite.com


Link: http://scouts.titiwangsa.com.my/

Pergerakan Pengakap merupakan satu-satunya organisasi belia di dunia yang memupuk sikap dan kebolehan memimpin dari satu umur yang kecil melalui sistem Ketua Enam Sekawan semasa di seksyen pengakap panak-kanak sehinggalah sebagai Pengerusi Eksekutif Krew di peringkat pengakap Kelana. Namun itu, timbul keperluan juga untuk mempunyai sebuah sistem kepimpinan dan sokongan dewasa yang dapat membantu Pemimpin Kumpulan (Scoutmasters) dalam mentadbir dan menyelaraskan pengurusan, baik di peringkat Kumpulan, Daerah, Negeri ataupun Kebangsaan.

Oleh itu, dokumen Dasar, Organisasi dan Peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia telah memperuntukkan untuk sebuah Majlis Pengakap dibentuk bagi setiap peringkat yang tersebut di atas, supaya pengurusan pentadbiran dan kewangan pergerakan dapat dijalankan dengan telus dan teratur. Di Daerah Titiwangsa, penubuhan Majlis Persekutuan Tempatan Pengakap Daerah telah diluluskan oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri WPKL pada tahun 2006, dan mesyuarat Agungnya yang pertama akan bakal diadakan pada bulan Januari 2007.

Hubungi:
feedback@scouts.titiwangsa.com.my


LinkPPM Wilayah Persekutuan Kuala LumpurJun 27, '07 4:56 AM
for everyone
Link: http://www.klscout.net/

Persekutuan Pengakap Malaysia, PPM (Malaysian Scouts Association) merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab diatas semua aktiviti berpengakap di Malaysia. PPM merupakan sebahagian daripada pergerakan pengakap dunia dan juga merupakan ahli kepada World Organization of the Scout Movement (WOSM).

Di Malaysia, Pengakap mula diperkenalkan dalam tahun 1908 dan secara rasminya ditubuhkan pada 2hb Julai 1910 dan merupakan satu-satunya badan beruniform yang berada dibawah akta parlimen Malaysia. PPM berdaftar sebagai ahli dengan WOSM pada tahun 1957.

Matlamat penubuhan PPM adalah untuk menyediakan latihan kepimpinan yang berasaskan kepada prinsip dan undang-undang pengakap dengan matlamat mempertingkatkan kesedaran dan semangat tolong menolong tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. Penubuhan PPM juga bermatlamat membina keseimbangan individu dari segi intelektual, kerohanian dan fizikal bersandarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan.

Bagi mencapat matlamat ini, pelbagai aktiviti dan langkah diambil bagi membentuk disiplin dan jati diri, kesopanan di samping rasa tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat dalam usaha merealisasikan matlamat pergerakan pengakap dalam melahirkan masyarakat atau individu yang berguna kepada agama bangsa dan negara.

Hubungi:

Mailing Address:
Kelab Sultan Sulaiman
Jalan Dewan Sultan Sulaiman
Kampung Baru, KL
MALAYSIA
50300

Tel: 03.2070.9899
Fax: 03.2070.3899


Link: http://www.scouts.org.my/


Persekutuan Pengakap Malaysia, PPM (The Scouts Association of Malaysia) merupakan sebuah organisasi yang bertanggungjawab diatas semua aktiviti berpengakap di Malaysia. PPM merupakan sebahagian daripada pergerakan pengakap dunia dan juga merupakan ahli kepada World Organization of the Scout Movement (WOSM).

Di Malaysia, Pengakap mula diperkenalkan dalam tahun 1908 dan secara rasminya ditubuhkan pada 2hb Julai 1910 dan merupakan salah satu badan beruniform yang berada dibawah Akta Parlimen Malaysia. PPM berdaftar sebagai ahli dengan WOSM pada tahun 1957.

Matlamat penubuhan PPM adalah untuk menyediakan latihan kepimpinan yang berasaskan kepada prinsip dan undang-undang pengakap dengan matlamat mempertingkatkan kesedaran dan semangat tolong menolong tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. Penubuhan PPM juga bermatlamat membina keseimbangan individu dari segi intelektual, kerohanian dan fizikal bersandarkan kepada kepercayaan kepada Tuhan.

Bagi mencapat matlamat ini, pelbagai aktiviti dan langkah diambil bagi membentuk disiplin dan jati diri, kesopanan di samping rasa tanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat dalam usaha merealisasikan matlamat pergerakan pengakap dalam melahirkan masyarakat atau individu yang berguna kepada agama bangsa dan negara.

*MISI DAN FALSAFAH

:: Matlamat Berpengakap ::

"Melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi perkembangan fizikal, intelek, sosial dan kerohanian serta bertanggungjawab kepada masyarakat, negara dan masyarakat antarabangsa."

:: Misi Pengakap Malaysia ::

Memberi sumbangan pendidikan tidak formal kepada generasi muda melalui sistem nilai berasaskan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, bagi membantu Membina dunia yang lebih baik, penduduknya boleh berdikari sebagai individu serta dapat memainkan peranan yang berguna untuk masyarakat dengan :

-Penglibatan sepanjang tahun dalam proses pendidikan Tidak formal
-Menjadikan setiap individu agen utama pembangunan diri ke arah berdikari, bertanggungjawab dan komited
-Membina sistem nilai berasaskan prinsip-prinsip kerohanian, sosial dan peribadi seperti Yang ternyata dalam Persetiaan dan Undang-undang Pengakap
-Falsafah Persekutuan Pengakap Malaysia adalah untuk menyediakan skim latihan kepimpinan berasaskan -kepada Prinsip dan Undang-undang Pengakap dengan bermatlamatkan berbuat baik dan mempertingkatkan semangat persaudaraan tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi intelek, kerohanian dan fizikal diatas landasan kepercayaan kepada Tuhan.

"Pengakap juga berusaha untuk membentuk disiplin dan jati diri dengan menerapkan nilai-nilai kesopanan serta mewujudkan sifat bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan juga masyarakat didalam diri setiap ahli bagi mencapai matlamat pergerakan pengakap membentuk warganegara yang berguna kepada agama, bangsa dan negara."


******************************************************************************************************************************************

Persekutuan Pengakap Malaysia (The Scouts Association of Malaysia) is an organisation for boys and girls between the ages of 10 and 17, based in Malaysia. Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) is part of the global Scouting movement and national member of the World Organization of the Scout Movement (WOSM). It is the only uniformed body in Malaysia to have been established and officially regulated by an act of parliament through the Scouts Association Of Malaysia (Incorporation) Act 1968.

(This site has been redirected to http://www.ast-my.com/~scouts/, yet the above link is working good.)


LinkPortal Laman Web Pengakap Negeri SembilanMay 25, '07 3:12 AM
for everyone
Link: http://pengakapnsdk.tripod.com/

Portal laman web bagi PPM Negeri Sembilan, Majlis Pesuruhjaya dan Pasukan Daerah Negeri Sembilan.

Maklumat lanjut sila hubungi:

Wisma Pengakap Negeri Sembilan,
Jalan Zaaba,
70000 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.


LinkOfficial Web Sembulan District PPM SabahSep 2, '06 12:57 AM
for everyone
Link: http://ppmcsds.tripod.com/

Official web of Sembulan District, PPM Sabah


LinkMajlis Pengakap Negeri Sarawak (PPM Sarawak)Jun 16, '06 6:16 AM
for everyone
Link: http://www.sarawakscouts.org.my

Started in 1915 at the Hokkien Free School, Kuching by Mr Philip Cox. Formerly known as Sarawak Boy Scouts Association, it was registered and affiliated to the Imperial Boy Scouts Association of Britain.

Contacts:
ppmswak@tm.net.my


LinkPPM Negeri PerakJun 16, '06 5:35 AM
for everyone
Link: http://www.angelfire.com/sc/SCOUTPERAK/index.html

PPM Negeri Perak, Perak State Commissioner

Contact:
yazid-os@tm.net.my


LinkScout Association of Kuala Lumpur, WPJun 16, '06 5:21 AM
for everyone
Link: http://www.scout-wpkl.org.my

The Scouts Association of Malaysia,
Kuala Lumpur State Commissioner

Rumah B-P, Jalan Hang Jebat,
50150 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: (60) 03-2078 0836
Fax: (60) 03-2070 9057
Email: hq@scout-wpkl.org.my


LinkPPM Negeri Johor BahruJan 25, '06 7:29 AM
for everyone
Link: http://www.mypengakap.com

A site of Johor state scouting web portal.


© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help