:: 37th Gombak Eagle Scouts Troop :: Smk Kepong, Established 1974 (37thgombak.multiply.com)

37th Gombak Eagle Scouts Troop's posts with tag: woodbadge course

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag woodbadge course
Start:     Jul 27, '07
End:     Jul 29, '07
Location:     Hay Resort, Sabak Bernam


Pengumuman:

Untuk para pemimpin & pengakap kelana yang berminat, sekali lagi satu kursus kepimpinan manikayu modul A dan B akan diadakan di lokasi dan tarikh seperti yang ternyata di atas. Di mana Modul A untuk siri ini adalah semua bahagian unit pengakap manakala Modul B adalah program PKK (pengakap kanak-kanak).

Guru pemimpin-pemimpin sekolah dialu-alukan untuk menyertai kursus manikayu ini bagi melengkapkan diri mereka untuk memimpin kumpulan pengakap di sekolah-sekolah yang berkenaan.

Bagi pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi Pen. Pesuruhjaya Daerah Bukit Bintang, En.Chenteral Velu atau PPN W.P. Kuala Lumpur (03.2070.9899)

Sekian, Terima Kasih

Yang Berpengakap,
Pen.Pemimpin Alex Tan Wei Yen
Kumpulan Pengakap ke-37 Gombak
Sek. Men. Keb. Kepong
12hb Julai 2007

*Dimaklumkan bahawa Yang DiPertua Ketua Pengakap Negara akan dijemput hadir untuk penyampaian sijil-sijil manikayu.

Start:     Jul 13, '07
End:     Jul 15, '07
Location:     Exact resort t.b.c., Kuala Selangor

Pengumuman:

Kepada para pemimpin dan pengakap-pengakap kelana yang terlepas modul pengenalan ataupun dikenali sebagai modul induksi (Induction modul), Kursus Kepimpinan Manikayu Modul Induksi + Modul A akan diadakan seperti lokasi dan tarikh yang ternyata di atas, di bawah anjuran PPN W.P. Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila hubungi pesuruhjaya-pesuruhajaya daerah masing-masing atau En.Chenteral Velu (ADC Daerah Bukit Bintang, WP.KL)

Sekian terima kasih.

Yang berpengakap,
Pen.Pemimpin Alex Tan Wei Yen
Kumpulan Pengakap ke-37 Gombak
Sek. Men. Keb. Kepong
10hb Julai 2007

ddd
dThumbnaild
ddd
Kursus Kepimpinan (KPK/03) Kuala Lumpur (Tajaan DBKL) 2007
Lokasi: Hay Resort Sabak Bernam
Tarikh: 29hb Jun hingga 1hb Julai 2007

Objektif Kursus Kepimpinan
1. Melahirkan pemimpin yang bijak berbicara dan memberi arahan;
2. Mewujudkan penampilan diri yang sesuai;
3. Melahirkan pemimpin yang bersikap toleransi, berkerjasama dan bertanggungjawab;
4. Mencetuskan pemimpin yang berwibawa dan berfikiran terbuka, sedia menerima teguran dan cabaran;
5. Memupuk jati diri, konsep kendiri serta tegas diri sebagai pemimpin unggul;
6. Memupuk daya kreatif dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin;
7. Menyuntik motivasi padu ke arah pemimpin dinamik;
8. Merealisasikan kehendak negara terhadap pemimpin seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Matlamat Kursus
Merealisasikan hasrat negara untuk melahirkan para pemimpin belia yang arif dan berwawasan dalam melaksanakan tugas-tugas kepimpinan serta menepati ciri-ciri pemimpin unggul ke arah kepimpinan efektif lagi proaktif.

Jadual Waktu Program Kursus

29th Jun 2007, Friday
1100-1200 Registration
1200-1430 Lunchbreak / Solat
1430-1630 Briefing & Ice Breaking
1630-1700 Tea Break / Solat
1700-1830 LDK 1 Public Speaking
1830-1900 Dinner
1900-2100 Tazkirah / Solat / Moral Studies
2100-2200 DBKL Speech
2200-2215 Tea Break
2215-2400 Sesi Manik Kayu (Induction) by En.S.Surendran, Pemangku Jurulatih Negara, W.P. Kuala Lumpur

30th Jun 2007, Saturday
0530-0700 Self Preparation / Solat / K.Subuh
0700-0730 Morning Exercise / Kawat Kaki session
0730-0800 Breakfast
0800-1000 LDK 2 Arif Diri
1000-1030 Tea Break
1030-1200 LDK 3 Cetusan Pengalaman
1200-1300 LDK 4 Matlamat Diri
1300-1430 Lunch Break / Solat
1430-1730 Eksplorasi Belia & Community Service
1730-1800 Tea Break / Solat
1800-1830 Conclusion & Sharing
1830-1900 Dinner
1900-2100 Tazkirah / Solat / Moral Studies
2100-2300 Sesi Manik Kayu Modul A by
2300-2330 Tea Break

1st July 2007, Sunday
0530-0700 Self Preparation / Solat
0700-0730 Morning Exercise
0730-0800 Breakfast
0800-1000 Sesi Manik Kayu Modul B (Modul pengakap muda) by En.Fuad, Pesuruhjaya Daerah Lembah Pantai, P.Laut
1000-1030 Tea Break
1030-1130 Conclusion / Ujian Pasca / Soal Selidik
1130-1230 Penutup

Senarai Nama Pengajar & Fasilitator
Pengajar: Azami B. Bahar & Norlela Binti Abd. Rahman
Fasilitator: Yusri Amir B.Bahasa & Nor Azmir B. Hj. Ahmad

Ringakasan Laporan (Departure & Return Trip)

29th Jun 2007, Friday
Waktu Perkara
1000 Berkumpul & Pendaftaran di PPD W.P. KL, Kelab Sultan Sulaiman, Jalan Raja Abdullah
1045 Bertolak ke destinasi melalui Jln Duta exit Tol Rawang Selatan, Lebuhraya Gutherie
1200 Melepasi Kg.Kuantan (kawasan peranginan Kelip-kelip) dan seterusnya Kuala Selangor sehingga Tanjung Karang dan Sg. Besar
1310 Ketibaan di Hay Resort, Sabak Bernam melepasi Kompleks Sukan Bernam
1315 Pendaftaran & Mengemas Diri

1st July 2007, Sunday

Waktu Perkara
1215 Majlis Penutupan & Sesi Foto
1310 Bertolak pulang dengan DBKL convocational bas, makan tengah hari di pekan Sabak Bernam
1400 Bertolak kembali perjalanan pulang melalui susulan kawasan pertanian dan perkampungan Kuala Selangor
1530 Melepasi kawasan perindustrian Sg.Buloh menyusuri lebuhraya Gutherie keluar Jln Duta
1600 Ketibaan di PPD W.P. Kuala Lumpur, Jalan Raja Abdullah
1610 Menaiki transit Stesen Monorail LRT Kampung Baru dan seterusnya tukar transit ke KTM Komuter di Stesen KL Sentral berangkat balik ke Stesen Perhentian Kepong Sentral
1700 Beralih pisah rakan-rakan dan pulang ke rumah


Sekian, Terima Kasih

Ringkasan laporan laman web dan penggambaran foto disediakan oleh
Pen.Pemimpin Alex Tan Wei Yen
Kumpulan Pengakap ke-37 Gombak, Smk Kepong

4hb Julai 2007

Start:     Jun 29, '07 01:00a
End:     Jul 1, '07 3:00p
Location:     Hay Resort, Sabak Bernam

Pengumuman:

Kepada para pemimpin dan pengakap-pengakap kelana yang berminat, Kursus Kepimpinan Manikayu Modul A + B akan diadakan seperti lokasi dan tarikh yang ternyata di atas, di bawah anjuran Persekutuan Pengakap Daerah W.P. Kuala Lumpur.

Untuk Modul A siri ini adalah bahagian umum bagi semua unit pengakap manakala Modul B adalah bahagian program pengakap muda.

Sila hubungi pesuruhjaya-pesuruhajaya daerah masing-masing.

Sekian terima kasih.

Yang berpengakap,
Pen.Pemimpin Alex Tan Wei Yen
Kumpulan Pengakap ke-37 Gombak
Sek. Men. Keb. Kepong

© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help